Wednesday, September 8, 2010

Anak Jenis Apa Ni??

"Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa"

aeman-buatmu ibu


Pengorbanan seorang ibu sukar untuk kita nilaikan dengan wang ringgit mahupun harta benda. Segala susah payah mereka memang tidak ternilai. Jasanya terhadap kita memang mustahil untuk kita membalasnya. Pengorbanan seorang ibu sudah dimulai sejak kita masih berada dalam kandungannya. Kita lihat saja sekarang, apa yang dialami oleh seorang wanita yang sedang mengandung. Dengan hati-hati seorang ibu akan berusaha untuk menjaga kandungannya supaya tetap sehat. Belum lagi kesibukannya yang lain, yang dilakukannya sambil membawa kita dalam rahimnya. 

Mista seperti terpanggil untuk berkongsi cerita seorang kawan Mista ni. 

Baru-baru ni ada seorang kawan Mista ni datang berjumpa dengan Mista berceritakan kisah keluarga dia yang agak dah memang tak stabil. Biarlah Mista ceritakan sedikit pasal kawan Mista ni. Sejak kecil lagi family kawan Mista ni da berpecah belah. Yang si ayah ke mana, yang mereka adik-beradik kena duduk berasingan. Semua ni sebab mak dia terpaksa mencari kerja kat bandar dan dengan kesempitan hidup mereka masa tu. Jadi dia dan kakak dia ni terpaksalah tinggal dan dibesarkan oleh neneknya. Bila mereka dah besar sikit, mak mereka ni ambil bawak tinggal bersama dekat bandar.

Memang kehidupan dia berubah la selepas tu. Dah tak susah sangat macam kat kampung dulu. Si mak akan selalu cuba untuk memenuhi kehendak mereka berdua. Apa yang diminta, si mak akan cuba dapatkan. Lagi-lagi permintaan si kakak ni. Tapi lama kelamaan kakak dia ni makin berubah. Liar semacam. Dah tak macam dulu. Banyak masalah yang timbul. Paling kesian dekat mak mereka la. Dahlah kena bekerja siang malam, mana nak menjaga makan minum lagi, tiba-tiba si kakak buat hal. Masa kawan Mista cerita kat cerita ni, memang nampak sangat muka dia berubah. Lelaki, mana lah sangat nak menangis kan. Tapi dari reaksi muka dia, Mista tahu yang dia memang tengah sedih sangat-sangat. 

Tahun berlalu. Si kakak dah bekerja dan dah berumahtangga. Tapi perangai si kakak masih tak berubah. Keras kepala, makin berlagak. Si mak banyak berhabis semata-mata untuk kebahagiaan anak-anak. Kawan Mista ada cerita, masa kakak dia nak kahwin dulu, dia dengan mak dia lah yang banyak bersabar dengan kerenah kakak dia tu. Yang mak sanggup berhabis macam-macam semata-mata nak tengok si anak gembira. Yang kawan Mista ni pulak, sanggup batalkan hajat dia nak sambung masuk U semata-mata nak tengok akak dia naik pelamin. Sanggup tolak tawaran belajar yang dia dah dapat. Semua tu hanyalah sebab nak tengok hari bahagia kakak dia. Tapi akhirnya, apa yang kawan Mista boleh cakap, tak berbaloi~

Kenapa? Kawan Mista ni rasa macam orang bodoh je buat semua tu, akhirnya, takde apa pun hasil yang menguntungkan. Mana taknya, ingatkan lepas kakak dia tu dah bekerjaya, dah kahwin, bolehla tolong-tolong mak mereka. Tapi tak. Duit simpanan mak mereka asyik kena draw je, bagi kat kakak. Nak beli kereta, pinjam kat mak. Suami dia nak beli motor, pinjam kat mak. Mak mana yang sanggup biarkan anak dia kan. Kawan Mista ni ada juga ingatkan mak dia jangan di manjakan sangat kakak dia tu, tapi mak tetap berdegil. Diikutkan kehendak si kakak sebab sayang.

Sekarang ni Mista tengok kakak kawan Mista tu hidup macam mewah. Kereta dah siap di modified bagai. Kadang-kadang pergi picnic, jalan-jalan nak jauh-jauh je. Kesian Mista tengok kawan Mista ni. Mista ade tanya kat kawan Mista ni, ada tak ikut sekali? Jawapan memang sadis yang amat. Usahkan ikut, diorang nak pergi pun tak bagitahu. Tahu-tahu je dah pergi. Dapat tahu pun sebab nampak dekat FB. Ya Allah~ Sampai macam tu sekali. Kawan Mista bagitahu jugak yang sekarang ni makin hari makin renggang hubungan mereka sekeluarga. Yang kakak lebih selesa dengan family suami. Yelah, orang senang. Mista masa dengar kawan mista cerita, memang marah pun ada, tapi kena la jaga. Kawan tengah down, kita kena la bagi semangat.

Yang paling merisaukan kawan Mista ni ialah mak dia. Yelah, bila dah tua-tua ni macam-macam penyakit yang datang. Mak dia ada darah tinggi. Lepas tu pulak, baru-baru ni pergi check, ade pulak ketumbuhan kat perut. Lepas raya ni nak kena bedah. Tapi yang si kakak wat endah tak endah je. 

Raya dah dekat, tapi Mista tak tahu la macam mana sambutan raya kawan Mista tu. Sebut pasal raya, baru-baru ni, mak dia ada la mintak barang kemas dia dekat si kakak ni. Mak dia suruh kakak dia simpan sebab takut hilang kat rumah. Kawasan rumah dia nih memang tak berapa selamat. So bila si mak mintak dekat kakak, macam-macam alasandapat. Last-last barulah kakak dia nak mengaku yang semua barangkemas tu dah kena gadai. Memang meraunglah mak kawan Mista tu. Memang beristighfar Mista masa dengar kawan Mista cerita. Sanggup kakak dia buat sampai macam tu sekali. 

At the end, Mista tengok kawan Mista ni tunduk, nampak setitik air jatuh kat lantai....... 

******************************************************************

Apa yang Mista boleh cakap kat sini, tindakan si kakak tu memang tak patut la. Perbuatan dia tu dekat mak dia memang melampau. Mista berdoa agar dibukakan pintu hati si kakak tu untuk bertaubat. Beringatlah selagi masih sempat. Kesian dekat mak. Awak tu kan perempuan jugak. Akan jadi ibu jugak satu hari nanti. Tak mustahil apa yang kita lakukan hari ni akan berulang semula pada kita~

So mista harap kawan Mista tu banyak-banyak lah bersabar. Yang penting mak tu kena jaga elok-elok. Raya nanti aku datang rumah. Kita raya sama-sama~ 

:: setitis air mata ibu yang gugur kerana kesedihan, segaris luka di hati ibu kerna kederhakaan, tertutup pintu syurga jika tiada keampunannya ::

No comments:

Post a Comment